27 Jun 2014

PialaDunia2014 - Luis Suarez Boleh Tinggalkan Brazil


RIO DE JANEIRO - Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah mencapai keputusan berhubung kes pemain bola sepak Uruguay, Luis Suarez berikutan insiden yang berlaku semasa perlawanan Piala Dunia FIFA antara Itali dan Uruguay, 24 Jun lalu.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan bahawa Luis Suarez telah melanggar Artikel 48, Perenggan 1(D), Kod Tatatertib FIFA (serangan) dan Artikel 57 FDC (melakukan satu tindakan tidak melambangkan semangat kesukanan ke atas pemain lain).

Luis Suarez akan digantung sembilan perlawanan rasmi dan juga digantung selama empat bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak. Penggantungan pertama perlawanan berkuat kuasa pada perlawanan Piala Dunia FIFA akan datang yang mempertemukan Colombia dengan Uruguay pada 28 Jun 2014.

Selain itu, Luis Suárez yang juga merupakan pemain kelab terkenal Liverpool FC turut diperintahkan membayar denda dalam jumlah sebanyak 100,000 Franc Switzerland (RM359,833).

Keputusan itu dimaklumkan FIFA kepada pihak pemain dan pengurusan Uruguay FA hari ini. - AFP

Bagikan

Jangan lewatkan

PialaDunia2014 - Luis Suarez Boleh Tinggalkan Brazil
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"