30 Jun 2014

PDRM : Cubaan Seludup Kain Terpakai gagal

Tumpat, 29 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor berjaya merampas 125 guni kain dan pakaian terpakai yang cuba diseludup keluar melalui Pangkalan Haram Stor Kertas dekat sini dalam dua operasi berasingan semalam.

Komander PPM Wilayah 3, ACP Azmi Ibrahim berkata dalam operasi pertama dua hari lalu, pasukannya telah melihat beberapa lelaki sedang memunggah sesuatu ke dalam bot kargo namun mereka telah melarikan apabila kehadiran kami.

"Setelah diperiksa kami menjumpai 65 guni berisi kain dan pakaian terpakai ditinggalkan di pangkalan itu yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran," katanya.

"Tidak berakhir di situ, malah pada keesokannya kami sekali lagi berjaya merampas 60 guni kain dan pakaian terpakai di tempat yang sama namun suspek berjaya melarikan diri dengan bot ke negara jiran," jelas beliau lagi.

Nilai keseluruhan 125 guni kain dan pakaian terpakai yang dirampas dianggarkan berjumlah RM50,000 serta kes dirujuk kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
-djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

PDRM : Cubaan Seludup Kain Terpakai gagal
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"