19 Jun 2014

Monyet terminum Petrol "Khayal" Menyerang

KUCHING: Seekor monyet liar yang dipercayai ‘khayal’ lalu bertindak agresif selepas terminum minyak petrol dari sebuah rumah di Jalan Datuk Amar Stephen Yong di sini berjaya ditangkap malam kelmarin.

Difahamkan, monyet tersebut muncul di kawasan perumahan itu sekitar jam 5 petang Isnin lepas sebelum ia memasuki beberapa buah rumah untuk mencuri makanan.

Beberapa penduduk kawasan itu difahamkan cuba menangkap monyet tersebut, namun tidak berjaya sebelum ia muncul semula sekitar jam 10 malam kelmarin.

“Monyet itu mulanya dika­takan terminum minyak petrol yang disimpan di dalam botol kecil di sebuah rumah di kawasan perumahan tersebut sehingga menyebabkan ia seolah-olah ‘khayal’ dan mula berkelakuan agresif.

“Pemilik rumah dengan bantuan jirannya cuba me­nangkap monyet itu, tetapi sebaliknya ia berjaya melo­loskan diri selain turut men­gigit jari seorang penduduk kawasan berkenaan,” kata sumber.

Risau akan perkara terse­but, mereka menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

Monyet tersebut akhirnya berjaya ditangkap oleh ang­gota JPAM beberapa minit kemudian.

“Selain itu, lelaki yang digigit oleh monyet tersebut juga dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Bagikan

Jangan lewatkan

Monyet terminum Petrol "Khayal" Menyerang
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"