25 Jun 2014

Kota Kinabalu 106 Notis Amaran



KOTA KINABALU: Tidak tahu lampu limpah yang dimodifikasi sebagai satu kesalahan, seorang lelaki tempatan terpaksa menerima notis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Khas di Jalan UMS, di sini malam kelmarin.

Dalam insiden itu, pemandu yang menggunakan Proton Iswara Aeroback berusia 20an itu ditahan susulan pengubahsuaian kenderaannya dengan meletakkan sebanyak 15 lampu limpah di hadapan bonet dan bumbung.

Difahamkan lelaki berkenaan mendakwa dia tidak menggunakan lampu limpah di jalan raya dan hanya menghidupkannya sebaik melalui laluan kampung yang agak gelap.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Yussof Ayub berkata, tindakan lelaki itu didapati melanggar peraturan kerana mengubahsuai tanpa kebenaran pihak berwajib seperti termaktub dalam undang-undang.

“Meskipun memberikan alasan, ia tetap menjadi kesalahan berikutan mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran dan untuk itu, notis akan diberikan kepada pesalah terbabit.

“Sekiranya tidak hadir atau masih berdegil, kita tidak akan teragak-agak mengenakan saman serta merta terhadapnya,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi itu kelmarin.

Turut hadir Pengarah JPJ Sabah Shuhaili Mohd Taufek.

Operasi berkenaan turut menyaksikan 106 notis amaran dikeluarkan manakala 70 buah kenderaan diambil tindakan dan tiga motosikal disita atas pelbagai kesalahan.

Sementara itu, Yussof berkata JPJ Sabah merekodkan kutipan kompaun sebanyak RM3,059,130 melalui 36,629 notis sepanjang Januari hingga Mei lepas.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama jumlah kutipan denda mahkamah sebanyak RM1,005,790 berjaya dikeluarkan.

“Sepanjang Jan hingga Mei lalu, 15,877 kes dicatat adalah membabitkan kesalahan lesen memandu dan 5,023 pula berkaitan dengan lesen kenderaan motor (LKM) serta cukai jalan.

“Antara kesalahan utama yang sering dikesan adalah tidak memakai tali pinggang keledar, memotong garisan berkembar, potong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit, tidak memakai topi keledar dan menggunakan lorong kecemasan.

“Manakala selebihnya ialah menggunakan cermin gelap tidak mengikut piawaian, nombor pendaftaran, ubah suai kenderaan dan pemasangan lampu putih,” katanya.

Bagikan

Jangan lewatkan

Kota Kinabalu 106 Notis Amaran
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"