15 Jun 2014

Jabatan Meteorologi Malaysia : Siren Tsunami

Amaran Siren Tsunami


KUALA TERENGGANU - Jabatan Meteorologi Malaysia akan membina 30 buah lagi rangkaian sistem siren tsunami di seluruh negara melibatkan peruntukan kira-kira RM6 juta.

Ketua Pengarah jabatan Datuk Gayah Ismail berkata, ketika ini terdapat 23 buah sistem seumpama itu di lokasi strategik yang berfungsi untuk menyebarkan amaran tsunami kepada penduduk sekitar.

“Sistem siren tsunami yang akan dibina itu bernilai kira-kira RM200,000 setiap satu akan dibina di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti di kawasan-kawasan pantai terutama di pantai Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung.

“Kalau gempa itu berlaku di sebelah Sumatera, maka kawasan pantai Barat Semenanjung akan mendapat kesan dahulu manakala kalau tsunami terjadi di sebelah Filipina, maka pantai Timur Semenanjung turut mendapat kesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program latih amal tsunami peringkat negeri di Kampung Seberang Takir di sini yang dirasmikan oleh Setiasuaha Politik Menteri Besar Terengganu Rosdi Muda – BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Jabatan Meteorologi Malaysia : Siren Tsunami
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"