21 Jun 2014

Bookie ditahan dekat Inanam ketika jalankan aktiviti Pertaruhan

KOTA KINABALU, (20 Jun) — Tiga lelaki tempatan yang disyaki bookie ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti pertaruhan sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia pada ‘Ops Soga V’ di sekitar Inanam, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata dalam dua serbuan berasingan pada kira-kira pukul 2 petang, ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu ditahan setelah didapati melakukan aktiviti pertaruhan sepanjang perlawanan Piala Dunia 2014.

“Dalam serbuan pertama, pihak kami menahan dua individu dan merampas wang tunai RM600 beserta beberapa barangan lain seperti telefon bimbit yang dipercayai digunakan kedua suspek.

Seorang lagi suspek ditahan di sekitar kawasan sama di Inanam dan kita berjaya merampas wang tunai RM4,600 dan juga beberapa peralatan lain dipercayai bagi aktiviti pertaruhan tersebut termasuk telefon bimbit dan kertas (pertaruhan),” katanya.

Jauteh berkata kesemua bahan rampasan dan tangkapan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953. — BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Bookie ditahan dekat Inanam ketika jalankan aktiviti Pertaruhan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"