19 Jun 2014

Berita Sabah : Cemas Pesawat MASwings Alami Masalah Tekinikal Selamat Mendarat

KOTA KINABALU - Sebuah pesawat MASWings ATR72-500 penerbangan MH3041 dari Kota Kinabalu ke Labuan yang berlepas pada 7.30 pagi hari ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Labuan pada pukul lapan pagi setelah mengalami masalah teknikal.

"Pesawat itu membawa 55 penumpang dan empat anak kapal. Apabila mendarat menghala ke Lapangan Terbang Labuan, satu daripada enjin pesawat mengalami masalah teknikal.

"Sebagai mematuhi prosedur operasi standard, kapten operasi dengan serta-merta memaklumkan ATC Labuan dan perkhidmatan sokongan lapangan terbang telah diaktifkan sepenuhnya," menurut MASWings dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Semua prosedur perlu telah dilaksanakan dan didapati enjin nombor dua kapal terbang di dalam papan penutup bahagian enjin telah terpisah dan ditemui di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan itu, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

"Bagaimanapun, memandangkan keselamatan merupakan aspek terpenting syarikat, pesawat itu kini dilarang terbang bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan kejuruteraan sebelum kembali berkhidmat," katanya. - Bernama

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah : Cemas Pesawat MASwings Alami Masalah Tekinikal Selamat Mendarat
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"