28 May 2014

Punca Sebenar Gangguan Letrik : SESB sudah buat Laporan Polis

Laporan Polis Dibuat Terhadap Kontraktor Penyebab Gangguan Elektrik

TAWAU, 28 Mei 2014 – Hampir 3 ribu pengguna di Tawau terputus bekalan elektrik selepas kontraktor sebuah syarikat utiliti terkorek kabel elektrik bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Kabel berkenaan merupakan kabel utama yang membekalkan bekalan elektrik kepada kawasan sekitar Pasir Putih, Taman Ria, Taman Wawasan, Tanjung Batu, kawasan Ladalam dan Pulau Sebatik yang terputus bekalan elektrik pada jam 11.43 pagi kelmarin (27hb Mei 2014).

Pemeriksaan lanjut di Jalan Pasir Putih mengesahkan kabel bawah tanah SESB mengalami kerosakan yang serius dan perlu segera diganti.

Pihak SESB juga menganggarkan kerugian hampir RM30 ribu disebabkan oleh kejadian ini dan satu laporan polis telahpun dibuat terhadap kontraktor yang terlibat.

Bekalan elektrik telah dapat disalurkan secara berperingkat bermula pada jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.

Pihak SESB sekali lagi memohon kerjasama semua kontraktor pembangunan agar segera memaklumkan SESB sekiranya mempunyai sebarang perancangan kerja berhampiran dengan pepasangan elektrik miliknya.

Ini kerana insiden kontraktor terkorek kabel bawah tanah SESB adalah merupakan antara faktor utama menyebabkan kekerapan gangguan elektrik di sesebuah kawasan itu.

Pengguna adalah digalakkan untuk menghubungi talian Hotline SESB di 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik.

Semua aduan gangguan elektrik yang dibuat melalui saluran aduan rasmi ini akan diambil tindakan dengan kadar segera.

Bagikan

Jangan lewatkan

Punca Sebenar Gangguan Letrik : SESB sudah buat Laporan Polis
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.