26 May 2014

Polis Sandakan Cari Keluarga Lelaki Yang Mayatnya Ditemui Di Bakau

SANDAKAN, 26 Mei (Bernama) -- Polis Sandakan sedang mencari anggota keluarga lelaki lingkungan 30-an yang mayatnya ditemui di tepi bakau berhampiran Kampung Sungai Kayu Batu 7 dekat sini Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Supt Fadzil Mohd Ali berkata mayat itu ditemui seorang remaja lelaki yang membuang air kecil di kawasan itu selepas bermain bola sepak di kawasan lapang berhampiran.

Beliau berkata sehingga hari ini belum ada keluarga yang datang untuk mengenal pasti atau menuntut mayat itu di Hospital Duchess Of Kent di sini.

"Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat tersebut," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Fadzil meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga lelaki supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Polis Sandakan Cari Keluarga Lelaki Yang Mayatnya Ditemui Di Bakau
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.