27 May 2014

Lelaki Peramah Rupanya Penyamun


KUCHING: Lelaki yang disangka peramah rupa-rupanya penyamun apabila suspek mengeluarkan pisau lalu merampas beg sandang seorang pelajar di Kampung Semarang di sini, malam kelmarin.

Menurut sumber, lelaki tidak dikenali itu meminta sebatang rokok daripada remaja berusia 18 tahun itu selepas menghampirinya.

Bagaimanapun, apabila dikatakan tidak merokok, suspek difahamkan meminta duit daripada mangsa sebelum mengeluarkan pisau dan merampas beg sandangnya.

Beg sandang itu dikatakan mengandungi dompet, telefon bimbit dan sejumlah wang.

Sementara itu, seorang penyelia tidak menyangka dua lelaki yang mendekati mereka di Taman Haji Ramli, Jalan Semariang di Petra Jaya rupa-rupanya penyamun.

Wanita berusia 26 tahun itu dan rakannya mengalami detik mencemaskan apabila masing-masing diacu pisau di bahagian leher dan perut kira-kira jam 8.30 malam, Ahad.

Menurut sumber, kedua- dua mangsa sedang berjalan apabila dua lelaki bermotosikal yang tidak dikenali berhenti berhampiran mereka.

Salah seorang lelaki dikatakan turun dari motosikal itu dan mengacu pisau tersebut sebelum mengarahkan kedua-dua mangsa menyerahkan barang berharga.

Bimbang diri dicederakan, masing-masing menyerahkan telefon bimbit.

Bagaimanapun, mangsa sempat mengenal pasti jenis motosikal ditunggangi suspek serta nombor pendaftarannya selepas mereka melarikan diri.

Laporan-laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Bagikan

Jangan lewatkan

Lelaki Peramah Rupanya Penyamun
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.