21 May 2014

APMM Kudat Tahan Enam Nelayan Langgar Syarat Lesen Operasi

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat menahan enam nelayan bersama dua bot mereka kerana disyaki melanggar syarat lesen ketika menangkap ikan di sekitar perairan Kudat.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kudat, Leftenan Komander Maritim Mohd Hafidz Mohd Tajudin berkata kesemua nelayan yang berumur antara 14 hingga 43 tahun itu ditahan dalam operasi kira-kira pukul 10 malam, Sabtu lepas.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit telah melanggar syarat sah lesen iaitu menarik pukat di kawasan kurang dari tiga batu nautika dari pantai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua nelayan dan bot mereka telah dibawa ke jeti awam Kudat untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Mohd Hafidz mengingatkan semua pengusaha bot nelayan supaya mengikuti syarat-syarat sah lesen yang diberi dan sentiasa mengikut langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku ketika berada di laut.

Bagikan

Jangan lewatkan

APMM Kudat Tahan Enam Nelayan Langgar Syarat Lesen Operasi
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.