15 Mar 2014

Siaran Langsung : Kempen Pemerkasaan Pengguna Negeri Sabah bersama Consumer Front of Sabah ( CfOS )


Antara Program dan aktiviti yang sudah dirancang


Consumer Front of Sabah ( CfOS ) dengan kerjasama Radio Online No 1 di Sabah UtaraFM buat pertama kalinya akan menyiarkan secara langsung Program Seminar Pengguna yang akan diadakan di daerah Kota Marudu pada 18/03/2014 serta daerah Pitas pada 19/03/2013 sempena Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna. 

Program seumpama ini memberi peluang kepada seluruh warga Sabah untuk mendapatkan info-info kepenggunaan secara pantas hanya dari rumah melalui komputer dan telefon. Dewasa ini, jumlah mereka yang aktif di internet semakin meningkat terutama di kalangan masyarakat luar bandar selepas kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan secara percuma untuk mereka mengakses internet.

Selain  meyiarkan secara langsung ceramah-ceramah kepenggunaan, Cfos juga akan mengadakan kuiz pengguna di Utarafm untuk menguji sejauh mana kefahaman pendengar tentang Hak Mereka sebagai PENGGUNA. Soalan yang diberi adalah berdasarkan ceramah-ceramah yang disampaikan serta info kepenggunaan yang akan diwar-warkan oleh penyampai yang bertugas dalam "SEGMEN PENGGUNA BIJAK" yang akan dikendalikan oleh saya dan DJ ZACK. Apa yang pasti program ini sangat menguntungkan kepada pendengar kerana bukan sahaja mendapat ilmu malahan berpeluang menang hadiah jika dapat menjawab soalan dengan tepat.



KEMPEN PEMERKASAAN PENDIDIKAN PENGGUNA dianjurkan oleh Consumers Front of Sabah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanCommunity Policing Malaysia Cawangan Sabah, Radio Online No 1 Sabah – Utara FM dan disokong oleh KOMUNITI 1SABAH dan SAS ( Saya Anak Sabah ).

Bagikan

Jangan lewatkan

Siaran Langsung : Kempen Pemerkasaan Pengguna Negeri Sabah bersama Consumer Front of Sabah ( CfOS )
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"