18 Aug 2009

UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAM-KUSNET (PUTRAJAYA memuji Utara.FM)

Dicatatkan oleh Tuan Dinakan

Sekalung 'TAHNIAH dan SYABAS' kepada SAM-KUSNET kerana telah berjaya mencipta rekod 48 Jam bersiaran tanpa henti................ petikan ucapan Warga PASCAB, Warga Putrajaya dan Rakan-rakan dari semananjung pada 17 Ogos 2009.

itulah antara ungkapan dan kata-kata SMS yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada pagi Isnin ( 17 Ogos 2009 - 9.20am sehingga 14.50pm ) yang diutarakan kepada saya.

antara isi kandungan yang menarik perhatian mereka ialah keprihatinan YB yang dapat meluangkan masa untuk mengutarakan pelbagai isu menarik semasa temu bual secara langsung dibuat oleh DJ yang terlibat.

Walaupun begitu, terdapat cadangan yang diutarakan oleh beberapa orang atasan yang saya rasa merupakan satu cadangan perlu diperhalusi, antaranya;

a. Siaran Langsung menggunakan Web Cam.
b. Ruangan mencelah kepada Pendengar.
c. Menyediakan topik hangat bersumberkan isu semasa.


Justeru, 'SYABAS DAN TAHNIAH SAM-KUSNET' yang mampu memukau pendengar seluruh rakyat Malaysia.

Bagikan

Jangan lewatkan

UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAM-KUSNET (PUTRAJAYA memuji Utara.FM)
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"