17 Aug 2009

Rekod 48 jam bersama dj utarafm satu kepuasan

Memang mata mengantuk sangat ketika saya mencoretkan sesuatu di sini untuk dikongsikan kepada rakan-rakan yang mungkin tidak sempat bersama-sama kami sewaktu program rekod 48 jam bersama dj utarafm yang diadakan pada di Hotel Marudu inn Kota Marudu di bilik 101 bermula 14 Ogos jam 6.00 petang lalu dan berakhir pada 16 Ogos jam 6.00 petang. Alhamdulillah kini semua yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan.

Secara peribadi saya mengakui sepanjang bersama-sama mengikuti program ini, memang saya dapat merasa kepuasan tahap maksima. Terima kasih kepada rakan-rakan pendengar yang begitu setia menemankan kami sepanjang program tersebut dijalankan.

Saya akan terus meng"update" laman blog ini nanti kerana pada masa ini badan masa terasa penatnya setelah berakhirnya program tadi dan pada esok hari cabaran baru pula yang datang "esok ada kelas awal pagi". Sini ada sedikit gambar yang saya ambil pinjam dari LENSA ALDUSUNI untuk tatapan rakan-rakan semua.

Saya menjadi krew sewaktu temubual bersama bersama dengan En. Wetrom@ Mohd Fikri Ketua Bahagian UMNO yang dihoskan oleh DJ rumputt dan juga DJ Aldusuni. Kelihatan dalam gambar juga Tuan Sanguru, DJ TOM dan juga DJ NONG.

Ini pula gambar kenangan bersama Pengurus Felix Agus, Encik Jasmin Tarmin dan juga Ridah (lugai-lugai). Turut berada bersama ialah Tuan Sanguru, DJ ALDUSUNI dan DJ rumputt.

Dari kiri Tuan KroniQ, djkupang, djsiiputt, DJ ALDUSUNI, DJ rumputt dan Tuan Kulanz (Admin utarafm) bersama Brenda (Artis Sabah) dan norlihan, Pengerusi PMBS-Kota Marudu.

Bagikan

Jangan lewatkan

Rekod 48 jam bersama dj utarafm satu kepuasan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"