11 Aug 2009

Nazrey Johani (Raihan) di gerai POnet?


Adeh.. macam tidak percaya bah pula saya ini tapi itulah yang sedang hangat diwar-warkan oleh rakan-rakan DJ di utara.fm. Pada 18 Ogos ini (hanya beberapa hari sebelum kita menyambut bulan ramadhan) Nazrey (gambar), bekas Vokalis utama kumpulan Nasyid terkemuka di negara kita iaitu kumpulan Raihan akan datang ke gerai POnet untuk ditemuramah. Gerai POnet terletak di daerah Pitas dan lokasinya di tepi jalan utama menuju ke Pekan Pitas dari Kota Marudu. kumpulan ini pernah meletupkan pasaran industri nasyid Malaysia satu ketika dahulu dengan jualan album sulung mereka 'Puji-Pujian' sekitar tahun 1997 sebanyak 700,000 unit.

Apa boleh buat, saya adalah antara orang yang tidak berkesempatan untuk melihat penyanyi lebih dekat lagi. Sudah tentu orang-orang di sekitar kawasan gerai POnet datang untuk menyaksikan dan mungkin mengambil gambar kenang-kenangan di sana.. Huhu

Selepas melahirkan album Syahadah pada tahun 2007, kini Nazrey Johani tampil dengan album terbarunya Nasyid Nostalgia Memori The Zikr. Nah.. kepada mereka yang ada mendengar radio utara.fm pada masa tu mungkin berpeluang untuk mendengar beliau menyanyi secara "live" dari gerai POnet.. Saya paling suka lagu puji-pujian, syukur dan juga demi masa..

Saya lampirkan sedikit pencapaian Nazrey Johani selama beliau bersama dengan kumpulan Raihan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di negara jiran yang terdekat Indonesia, Brunei dan juga Singapura.

# Kumpulan Baru Terbaik (1998)
# Album Nasyid Terbaik (Puji-Pujian) (1998)
# Album Terbaik (Puji-Pujian) (1998)
# Anugerah Kembara (1998)
# Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Syukur) (1999)
# Album Nasyid Terbaik (Syukur) (1999)
# Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Senyum) (2000)
# Album Nasyid Terbaik (Senyum) (2000)
# Anugerah Kembara (2001)
# Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Demi Masa) (2002)
# Album Nasyid Terbaik (Gema Alam) (2004)
# Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Allahu) (2005)
# Album Nasyid Terbaik (Allahu) (2005)

Bagikan

Jangan lewatkan

Nazrey Johani (Raihan) di gerai POnet?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

2 disqus

Tulis disqus
avatar
11 Aug 2009, 03:48:00

uina.... betul ka ini? macam inda pecaya plak bha kan...
dulu alah satu dari ahli kumpulan raihan nie pena jadi guru tadika cHiBi..
cHiBi paLing suka lagu Iman adaLah mutiAra... hehe~

Reply
avatar
11 Aug 2009, 03:55:00

iya.. nd dapat balik bah hari khamis kan? klau jumaat buli ditimbangkan lagi.. yakah? siapa nama cigu cHiBi tu?

Reply

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"