Perpaduan Tanpa Mengira Agama, Bangsa Dan Fahaman Politik
Perpaduan Tanpa Mengira Agama, Bangsa Dan Fahaman Politik
Ruddy Awah Mengiringi Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said ke Medan Santapan |
Rakyat diminta terus mempertahankan keamanan negara untuk menjamin keharmonian berterusan.
Ke arah itu, usaha mengukuhkan perpaduan wajar diperkasa tanpa mengira agama, bangsa mahupun politik.
Demikian dinyatakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said ketika berucap merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina Di Pitas.
Menurut Datuk Salleh, perpaduan boleh dipupuk menerusi perayaan dalam semangat 1 Malaysia seperti sambutan Tahun Baharu Cina.
Ribuan pengunjung menghadiri majlis itu anjuran seorang ahli perniagaan Ruddy Awah.
Majlis yang berlangsung selama 6 hari 6 malam itu turut diserikan artis terkenal tanahair antaranya, Datuk Dj Dave, Datuk Salwa Abd Rahman dan Lan Kristal.