RAMALAN CUACA NEGERI SABAH : HUJAN DIJANGKA SEHINGGA RABU DEPAN -MMD
RAMALAN CUACA NEGERI SABAH : HUJAN DIJANGKA SEHINGGA RABU DEPAN -MMD |
Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat terutamanya di kawasan pantai barat, Sabah, diramalkan berterusan sehingga Rabu depan.
Menurut portal Jabatan Meteorologi antara kawasan yang bakal menerima kesan cuaca berkenaan ialah Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Hujan berkenaan boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurutnya.
Angin kencang dari barat ke arah barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam turut diramal berlaku dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan pantai barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga Ahad ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan sukan laut, menurutnya.
Anda juga boleh mendapatkan INFO PANTAS di Fan page :