20 Jul 2014

Lagenda Liga Perdana Inggeris (EPL) Ke SABAH

Lagenda Liga Perdana Inggeris (EPL) Ke SABAH

SERAMAI 16 bekas pemain daripada empat kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menghiburkan peminat bola sepak di negeri ini apabila turun menentang pasukan Legenda Sabah di Stasium Likas, pada 30 September depan.

Empat kelab gergasi berkenaan ialah Liverpool, Manchester United, Arsenal dan juga Chelsea membabitkan pemain seperti Ian Rush, Robbie Fowler, David James, Patrik Berger, Vladimir Smicer, Steve Harkness (Liverpool), Andy Cole, Lee Sharpe, David May (Manchester United), Ray Parlour, Nigel Winterburn (Arsenal), Tore Andre Flo, Frank Leboeuf (Chelsea) dan beberapa lagi.

Perlawanan menentang pasukan Legenda Sabah itu dinamakan sebagai EPL Masters Football Sabah dan ianya juga adalah salah satu daripada jadual siri jelajah pasukan berkenaan ke beberapa negara lain.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Lawrence Gimbang berkata, perlawanan yang bakal diadakan itu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi perlawanan antarabangsa pertama membabitkan pemain tenama EPL di negeri ini.

“Kita sangat berbesar hati dengan usaha pihak penganjur yang berjaya membawa bekas-bekas bintang EPL ke negeri ini dan saya harap ia akan dijadikan perlawanan tahunan.

“Selain dapat menyaksikan legenda EPL beraksi, kita juga akan membariskan pemain legenda kita sendiri, termasuklah James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah dan juga Matlan Marjan serta beberapa lagi legenda kita yang lain,” katanya ketika berucap sempena majlis menandatangani memorendum persafahaman (MoU) antara SAFA dengan syarikat Big Orange Events Sdn Bhd di pejabat SAFA, Jumaat lalu.



Turut hadir, Pengarah Urusan Big Orange Events Sdn Bhd, Jason Tee, Naib Presiden 2 SAFA, Datuk Yusof Kassim, Naib Presiden 4 SAFA, Joehari Datuk Ayub, Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Haji Razak Sulaiman serta beberapa lagi pemimpin persatuan yang lain.

Sementara itu, Jason dalam ucapannya berkata, pasukan legenda EPL itu akan tiba di negeri ini pada 28 September daripada Brunei selepas mengadakan perlawanan persahabatan di negara berkenaan.

“Beberapa aktiviti juga dijangka bakal diadakan termasuklah sesi bertemu peminat sebelum perlawanan menentang pasukan legenda Sabah.

“Sebelum ini, perlawanan persahabatan yang diadakan hanya berbentuk ‘indoor’ namun kali ini kita mahu mengadakan perlawanan bola sepak sebenar dengan membariskan lebih ramai legenda dan kita harap pada masa akan datang kita dapat membawa beberapa lagi legenda lain daripada kelab berbeza,” katanya. 

Oleh : WILLIE JUDE JUNAIDI

Bagikan

Jangan lewatkan

Lagenda Liga Perdana Inggeris (EPL) Ke SABAH
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"