15 Jun 2014

Berita Sabah : Tiga ditahan di Sandakan ada kaitan kumpulan pemberontak

Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari tiga yang ditahan di Sandakan, Sabah semalam disyaki turut menjadi sebahagian anggota kumpulan militan dalam misi serangan dan pengeboman berani mati di Syria dan Iraq.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin, dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Islamic State of Iraq dan Sham (Isis) di Timur Tengah dan terkenal dengan pergerakan kumpulan pemberontak Al-Qaeda Abu Sayyaf di selatan Filipina.(gambar militan Isis)

"Kami percaya salah seorang suspek, berusia 30, adalah seorang pemimpin kanan dalam kumpulan militan tempatan, siasatan mendedahkan bahawa suspek telah menjalani latihan di sebuah kem yang dimiliki oleh Abu Sayyaf di selatan Filipina, kemudian suspek menyelinap masuk ke Sabah pada 11 Jun dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan.

“Manakala anggota TLDM yang didakwa melindungi kegiatan militan di Sabah pula dipercayai bertanggungjawab membawa masuk lelaki tersebut ke dalam negara ini bersama suspek yang lain," katanya.

Menurutnya lagi, ketiga suspek kini sedang ditahan di bawah Kes Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menurut sumber yang dipetik melalui The Staronline, berdasarkan siasatan awal yang dilakukan, suspek-suspek yang merupakan rekrut militan terbabit menceroboh masuk ke Sabah dan merancang untuk meneruskan perjalanan mereka ke Syria dan Iraq setelah dilatih di selatan Filipina.

“Mengikut perancangan suspek bersama kumpulan Isis, mereka akan menuju ke Syria dan melancarkan serangan sebelum ke Iraq untuk melancarkan serangan berani mati di sana.

“Ini adalah sesuatu yang serius dan amat membimbangkan apabila mengetahui hakikat bahawa seorang pegawai TLDM yang tahu bahawa suspek merupakan buruan pihak berkuasa namun masih rela membantu suspek," katanya.

Walaupun pihak polis sudah 15 tangkapan ahli kumpulan militan berjaya dilakukan, setakat ini tidak ada sebarang senjata ditemui.

Dalam pada itu, Bahagian Counter Terrorism kini dilaporkan sedang melakukan pemantauan rapi disepanjang sempadan Sabah dan pintu masuk lain di negara ini bagi memastikan ahli kumpulan militan atau anggota pemberontak tidak menggunakan negara ini sebagai ‘batu loncatan’ untuk melancarkan serangan keganasan ke atas negara di Timur Tengah.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar telah mengesahkan penahanan yang dibuat ke atas anggota tenteranya dan melahirkan rasa kesal ke atas tindakan yang dilakukan oleh anggota terbabit.

"Kita tidak menyokong aktiviti sedemikian, ini adalah kes polis, kita akan biarkan mereka siasat, kita akan ambil tindakan selepas siasatan selesai," katanya.

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah : Tiga ditahan di Sandakan ada kaitan kumpulan pemberontak
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"