SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal yang tidak bertugas dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass.
Satu pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah yang diketuai Pegawai Bahagian Jenayah Daerah DSP Sabaruddin Rahmat berkejar ke tempat kejadian selepas polis dimaklumkan oleh orang ramai tembak menembak telah didengar di sebuah tapak pembinaan kira-kira jam 11.30 pagi.
Pasukan polis telah mengepung kawasan itu dan menjalankan siasatan. Mereka menemui mayat dua orang berlumuran darah berdekatan dengan pintu masuk projek perumahan itu.
Anggota polis menemui pistol di tempat kejadian. Beberapa orang anggota dari PGA juga selepas diberitahu tentang kejadian tembak menembak itu.
Anggota polis yang terbunuh itu dipercayai bertugas dengan Pasukan Gerakan Am dan pengawal keselamatan itu dikenal pasti oleh rakan mereka sebagai S. Ibni bin Hasim berumur 65 tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat. Beberapa orang awam telah dibawa ke balai polis untuk memudahkan siasatan kes ini.
Polis akan menyiasat kejadian ini dari pelbagai sudut dan tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan ini kerana masalah peribadi.
Fadzil berkata identiti anggota PGA yang berpakaian biasa dan berumur 49 tahun dan pegawal keselamatan itu belum dikenal pasti.
Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 309 Kanun Kesiksaan bunuh dan cuba membunuh diri.
Bagikan
Berita Sabah Terkini : Anggota PGA dan Pengawal Keselamatan - Kemaskini
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"