31 May 2014

Gangguan Bekalan Elektrik Di KDCA Disebabkan Masalah Pendawaian Dalaman Bangunan



KOTA KINABALU, 31 Mei 2014 – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengesahkan berlaku kejadian gangguan elektrik semasa Majlis Perasmian Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Kadazandusun Murut Cultural Association (KDCA) pagi tadi (31hb Mei 2014).

Walau bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati gangguan elektrik ini adalah berpunca daripada masalah dalaman (internal fault) di bangunan Dewan berkenaan dan bukannya berpunca dari punca bekalan SESB. Sepanjang acara berlangsung, punca bekalan SESB berada dalam keadaan baik, stabil dan tidak terjejas.
Selain itu, pihak SESB ada menyediakan set janakuasa bergerak (mobile gensets) sebagai bekalan elektrik alternatif sekiranya berlaku gangguan ke atas punca bekalan elektrik yang boleh menjejaskan majlis ini.
Pihak SESB bersama-sama Suruhanjaya Tenaga turut membantu pihak penganjur mengasingkan kerosakan dalaman agar bekalan dapat dipulihkan.
-END-

SESB

Bagikan

Jangan lewatkan

Gangguan Bekalan Elektrik Di KDCA Disebabkan Masalah Pendawaian Dalaman Bangunan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.