18 May 2014

Cermin Gelap : JPJ Tak Pilih Kasih

KUCHING: Jabatan Pen­gangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih dan akan men­gambil tindakan terhadap mana-mana kenderaan yang menggunakan cermin gelap tanpa kebenaran.

Timbalan Ketua Pengarah­nya Datuk Ariffin Che Mat berkata, sekiranya ada ken­deraan golongan kenamaan dipasang cermin gelap tanpa kebenaran, maka tindakan tetap diambil.

Menurutnya, cermin gelap hanya dibenarkan untuk kenderaan yang mana pe­mandu menghadapi masalah kesihatan seperti tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari atau atas faktor keselamatan.

“Kita (JPJ) sentiasa kon­sisten dalam menjalankan tugas dan tidak memberi kelonggaran kepada mana-mana pihak sekiranya me­langgar peraturan termasuk memasang cermin gelap pada kenderaan tanpa ke­benaran.

“Masyarakat perlu tahu ke­banyakan golongan kenamaan mempunyai kebenaran untuk menggunakan cermin gelap terutama atas faktor kesela­matan,” ujarnya pada sidang media selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Bahagian Kuching di sini, semalam.

Beliau berkata, permo­honan untuk menggunakan cermin gelap perlu dihantar kepada ibu pejabat JPJ dengan disertakan surat sokongan doktor pakar kerajaan atas faktor kesihatan dan polis untuk keselamatan.

Ariffin berkata, JPJ masih tidak membenarkan penggu­naan cermin gelap di kalangan masyarakat umum kerana bimbang akan disalah guna terutama untuk kegiatan jenayah.

“Bagaimana untuk kita kenal pasti penjenayah kalau cermin gelap?” ujarnya.

Malah, menurutnya, JPJ tidak mempunyai cadan­gan untuk mengubah kadar ketelusan cahaya yang mana ketika ini 70 peratus untuk cermin hadapan kenderaan dan sekurang-kuranya 50 peratus untuk cermin ba­hagian lain.

Beliau menambah, kend­eraan yang keluar daripada kilang juga sebenarnya tidak mempunyai cermin gelap.

“Sebenarnya cermin gelap yang biasa kita lihat pada kenderaan import adalah nilai tambah yang dibuat peng­edar bukannya pengilang,” jelasnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan Pengarah JPJ Sarawak Ibrahim Oth­man.

Bagikan

Jangan lewatkan

Cermin Gelap : JPJ Tak Pilih Kasih
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.