31 May 2014

Australia lencong penerbangan ekoran asap gunung berapi


MELBOURNE 31 Mei - Pihak Perkhidmatan Udara Australia mula melencong penerbanagan pesawat antarabangsa bagi mengelak asap tebal yang berlaku dari letupan gunung berapi di Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, penerbangan di bahagian utara Australia mungkin terjejas buat beberapa hari.

Gunung Sangeang Api di pulau Sumbawa dilapor meletus sekurang-kurangnya tiga kali sejak Jumaat lalu.

Australian Associated Press melaporkan penerbangn dari dan menuju Lapangan Terbang Antarabaangsa Darwin telah dibatalkan hari ini (Sabtu) kerana debu merentasi kawasan Top End dan menghala ke Alice Springs.

Truss berkata, debu berlaku antara 6 hingga 13 kilometer di atmosfera dan sedang menghala ke barat daya utara Australia.

``Bergantung kepada keadaan angin dan cuaca, debu boleh menjejaskan penerbangan dari dan menuju ke lapang terbang lain termasuk Brisbane, dalam tempoh beberpa hari ini. Ia sedang dipantau sepenuhnya,'' katanya dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan Udara Australia, Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam dan Biro Meteorologi sedang memantau debu.

Para penumpang diminta mendapat maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan mereka. - BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Australia lencong penerbangan ekoran asap gunung berapi
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.