Sudah pasti ada orang yang bertanggungjawab untuk membawa beliau ke sana dan orang yang dimaksudkan ialah DJ ALDUSUNI dibantu oleh beberapa rakan KUSnetian dan Suara Anak Marudu (SAM). Walaupun tidak berkesempatan untuk bersama dengan rakan-rakan lain di sana tetapi saya cukup berpuas hati kerana dapat mengikuti perkembangan temubual itu melalui 'live' video. Kalau ikutkan hati memang saya tidak mahu menolak pelawaan DJ ALDUSUNI malam semalam tetapi disebabkan ada kelas awal pagi, tidaklah dapat jalan ke sana.
Tahniah kepada semua krew utara.FM yang bertungkus-lumus di gerai Ponet untuk membuat persediaan semasa majlis tersebut. Tidak lupa juga buat semua rakan-rakan pendengar utara.FM yang terus menyokong Utara.FM kerana tanpa rakan-rakan semua tiadalah Utara.FM. Akhir kata Semoga Utara.FM akan menjadi siaran Radio Online Nombor 1 di Malaysia. Amin.
Bagikan
Gerai Ponet menjadi saksi, Nazrey Johani (Raihan) ditemubual
4/
5
Oleh
Unknown
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"