Perkongsian dan info Berita Semasa kepada Warga Sabah
Disini ada beberapa gambar yang ingin dikongsikan kepada semua pengguna atau pun peniaga, lihatlah bertapa kotornya kilang pemprosesan bihun yang berjenama atau dikenali 'cap masjid' ini.
Kilang ini dimiliki oleh syarikat Van Loong Bee Hoon SDN BHD. Saksi juga mendakwa lokasi kilang tersebut terletak di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Berdekatan dengan pasar borong Selayang.
Beberapa gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial, telah tersebar secara viral. Beberapa keping gambar pemprosesan bihun cap masjid yang cukup meloyakan.
Dapat dilihat bihun tersebut diproses tanpa mengikut prosedur kebersihan yang betul dan persekitaran yang sangat kotor. Keaadaan pekerja yang tidak menggunakan sarung tangan malah ada yang tidak berpakaian.
Ada banyak lagi gambar yang sangat meloyakan sehingga anda mungkin boleh muntah melihat gambar tersebut jika membuat carian di internet.
Bihun jijik menggunakan lambang masjid |
Berita tentang Bihun jijik ini mendapat perhatian media dan seluruh pengguna dan tidak kurang tanpa usul periksa menyalahkan JAKIM kerana atas logo HALAL yang tertera di bungkusan Bihun ini.
Saya kongsikan kepada semua 'print screen' PENAFIAN LOGO HALAL tersebut yang saya muat turun dari Laman Web Portal Rasmi Halal Malaysia
PIHAK yang berkaitan diharap dapat memantau juga kilang-kilang pengeluar Bihun di Negeri Sabah sebagai langkah pencegahan agar perkara yang sama tidak berlaku pula di sini.
Bagikan
PENAFIAN LOGO HALAL : Gambar Kilang Bihun Kotor dan Jijik
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"