21 Jun 2014

Berita Sarawak : Wanita antara tiga ditahan memiliki syabu

Berita sarawak wanita miliki syabu

MIRI: Seorang wanita antara tiga individu yang ditangkap polis dalam serbuan di dua tempat berasingan di Tudan pagi kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pen­yalahgunaan dadah.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas dua peket plastik lutsinar men­gandungi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah ber­bahaya jenis syabu dan empat butir peluru senapang patah bertulis perkataan ‘Fiocchi Italy 12.’

Terdahulu menurut sum­ber, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri diketuai Subinspektor Bakar Drahman telah mem­buat serbuan ke sebuah rumah di Tudan Fasa 2 di sini.

Dalam serbuan yang di­lakukan sekitar jam 10 pagi itu, polis telah menangkap seorang lelaki berusia 32 tahun kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika ditangkap, polis turut merampas dadah di­percayai jenis syabu seberat 3.73 gram daripada suspek untuk dijadikan barang kes,” katanya.

Hasil ujian air kencing sus­pek juga menunjukkan kesan positif dadah jenis Metham­phetamine.

Manakala dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Tudan Fasa 1, polis telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-mas­ing berusia 48 dan 28 tahun kerana disyaki terbabit pen­yalahgunaan dadah.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas satu peket plastik kecil lutsinar mengandungi ketulan-ketu­lan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis syabu se­berat 0.33 gram dam empat butir peluru senapang patah bertulis perkataan ‘Fiocchi Italy 12’ untuk dijadikan barang kes.

Polis yang kemudian mem­buat ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek menda­pati keputusan ujian men­unjukkan kesan positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lan­jut mengikut Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, pasangan terba­bit turut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru secara haram.

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sarawak : Wanita antara tiga ditahan memiliki syabu
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"