27 Jan 2011

Siapa bilang dia jahat ?

Siapa yang fikir dia jahat ? Siapa yang dimaksudkan ini ? Siapa pula yang bertanya ? Siapa pula yang selayaknya menjawab soalan ini ? Persoalan ini menjadi tanda tanya kerana sebentar tadi aku menerima satu mesej ringkas bertanya soalan itu.

Gambar hiasan

Mungkinkah orang itu salah nombor ? Atau dia menggunakan nombor yang baru supaya tidak dikenali ? Mungkin dia guna nombor telefon kawan dia untuk bertanya soalan ini? Tapi siapa dia dan siapa pula aku ? Timbul pula persoalan ini sebelum aku sempat memikirkan jawapannya.

Apa tindakan seterusnya ? Apabila aku Call nombor tersebut free-free mendapat maki-hamun dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Cuma satu soalan yang sempat aku tanya dia, sudah habiskah ? Bazir kredit aku call tadi langsung tiada gambaran mengenai soalan yang dia timbulkan.

Akhirnya aku buat kesimpulan yang orang tadi tu salah nombor dan tidak patut dilayan mungkin ada masalah mental. Tidak tahu mahu kategorikan bahagian mana orang yang jenis macam itu.


P/S : Kalau tidak puas hati dengan sesiapa saja pun kena berani tunjukkan yang itu adalah kamu. Jangan sesekali menyamar sebab orang lain akan anggap kamu.... (fikirlah sendiri ya)


Bagikan

Jangan lewatkan

Siapa bilang dia jahat ?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"